Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Thursday, October 21, 2010

mati tersepit ketika hendak mencuri



Lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.

Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.

Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.

Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.
tekan READ MORE untuk lihat gmbar seterusnya


 psstt : x berbaloi mati macam ni................

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

5 comments :

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews