Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Wednesday, December 1, 2010

Illuminati bunuh Michael Jackson



Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
tekan READ MORE untuk lihat gmbar dan baca seterusnyer




Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak media Amerika, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam. Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 Jun, MJ memeluk pengurusnya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata, "Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tidak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik apabila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang sudah bertambah canggih. Tambahan pula kes ini berlaku di Amerika Syarikat, negara yang mempunyai teknologi termaju.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyut jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN, semasa ditemuramah, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.



Pelik juga mengapa seorang Presiden sangat bersungguh-sungguh menyatakan tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan. Jika benar MJ mahu membunuh diri, mengapa pula MJ bersungguh-sungguh berlatih selama 2 bulan untuk konsertnya? Tambahan pula, orang yang ingin membunuh diri selalunya akan menunjukkan rasa 'kesal' atau 'berat hati' untuk meninggalkan keluarganya. Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Namun CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian MJ yang dilakukan secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, ibu MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Untuk rekod, Debbie Rowe adalah seorang Yahudi. Beberapa persatuan Yahudi di Amerika Syarikat sekarang sedang bersungguh-sungguh untuk membantu Debbie untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak MJ yang sebenarnya sudah terlalu banyak terdedah dengan Islam.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tidak dibuka. Ini kerana sebenarnya mayat MJ tidak pernah ada dalam  keranda tersebut. Ini semua dilakukan semata-mata untuk mengngaburi mata dunia kononnya MJ bukan seorang Islam.


entry ini tidak berguna jika anda tidak mengetahui ape itu illuminati....jika anda tidak mengetahui ape itu illuminati...anda boleh tgk kat blog http://saint-guerre.blogspot.com/ dan http://illuminatidajjal.blogspot.com ..sumber entry ini adalah dr macjay.net

psstt : renung-renungkanlah

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

8 comments :

  1. nice entry..bru tora tawu kisah MJ secara lebih mendalam pasal kematian MJ tu ..tq sharing diz

    ReplyDelete
  2. welkom..ini cuma info...apa2 pon..WALLAHUALAM...

    ReplyDelete
  3. like this post!.. thanks for the information :D

    ReplyDelete
  4. salam, nak share info boleh ?
    :) nnti saya buat backlink ke blog kamu ya. :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews