Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Friday, January 21, 2011

ADUN Merlimau meninggal dunia



MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka, meninggal dunia di Hospital Pakar Putra, di sini, jam 8.10 malam tadi, akibat masalah jantung selepas seminggu dirawat.

Ketika menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) hospital, isteri, Datin Noor Azian Mohd Ali, 52, dan empat anak mereka, Mohamad Fairuz Afiq, 25, Sharafina Adila, 23, Sharafina Adzizah, 23, dan Nurul Hazira, 19, berada di sisinya.
tekan READ MORE untuk baca dan lihat gambar seterusnya
Turut sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh serta pakar perubatan dalaman hospital berkenaan, Datuk Dr Suhaimi Mat Uda Tenang.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan kematian Mohamad Hidhir secara rasmi pada jam 8.50 malam, di ruang legar ICU Putra Specialist Hospital, sejurus melawat jenazah Allahyarham.

Mohamad Hidhir, 54, yang memegang portfolio Pembangunan Desa dan Pertanian negeri mewakili DUN Merlimau sejak pilihan raya umum 2004. Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,087 undi selepas memperoleh 6,332, menewaskan calon Keadilan, S Jayathas. Pada pilihan raya umum 2008, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Jasin mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 2,154 undi, mengetepikan calon PAS, Jasme Tompang.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Tersusun Lipat Kajang, di sini jam 9.15 malam tadi, diiringi Mohd Ali, Othman dan beberapa Exco, ADUN serta ahli keluarga.

Jenazah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chin Chin Tengah selepas selesai solat Jumaat hari ini dan dimandi serta dikafankan di Masjid Kampung Sempang Kerayong, Jasin.
Terdahulu, laporan mengenai keadaan kesihatan Allahyarham yang kritikal mula tersebar di negeri ini sejak tengah hari semalam. Susulan itu, ramai pemimpin negeri dan orang ramai hadir di Hospital Pakar Putra bagi melawat Allahyarham.



Sepanjang seminggu dirawat di hospital itu, Allahyarham tiga kali diserang sakit jantung termasuk terakhir pada jam 6.45 pagi kelmarin. Beliau mula dirawat sejak 13 Januari lalu akibat sakit perut sebelum disahkan menghidap sakit jantung.

Dalam pada itu, Mohd Ali menyifatkan pemergian Mohamad Hidhir sebagai kehilangan besar kepada negeri, khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana beliau seorang yang rajin bekerja.

Sementara itu, Othman berkata, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan DUN Merlimau kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang esok, selepas pengebumian jenazah Allahyarham.



Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

2 comments :

  1. perginya exco den kat melako nih..
    seorang YB yg baik dgn kami semua dlm jabatan

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews