Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Thursday, January 27, 2011

kepada mereka yg cuba untuk menjatuhkan bola sepak kelantan..."korang silap orang la"



Mungkin ramai beranggapan, penyokong Kelantan apabila dijatuhkan, dihukum atau diporak perandakan pasukan mereka, mereka akan duduk diam dan meninggalkan pasukan mereka, atau ada juga yang beranggapan penyokong Kelantan boleh dijadikan pelaris akhbar-akhbar mereka, dengan isu berkaitannya dan perlu disensasikan walaupun kebenarannya dinafikan oleh tuan empunya badan. Ini semua bukan fantasi tetapi realiti
tekan READMORE untuk lihat gmbar dan baca seterusnya
persepsi semua pihak kepada penyokong Kelantan yang sering digambar masyarakat buruk perangai dan yang terburuk seupamanya. Penyokong dan pasukan Kelantan sahaja perlu disegerakan denda bagi setiap kesalahan mengikut apa yang terkandung di dalam kitab usang FAM



Dalam sibuk melakukan persiapan meraikan perlawanan pembukaan Liga Super, mereka dikejutkan dengan pelbagai isu yang sedikit pun tidak menyebelahi mereka, pemain mereka boleh dibawa lari sesuka hati, tarikh hukuman kepada jurulatih perlu disesuaikan supaya boleh dijatuhkan  pada tarikh yang hampir dengan perlawanan sumbangsih yang memerlukan seorang jurulatih kelas A, "Orang" yang sama membuka pekung kepada pasukan lawan,


Kelantan boleh hilang kelayakan kerana tiada jurulatih dan Kelantan lah tempat segala-segala bentuk hukuman perlu disegerakan kerana Kelantan ramai penyokong miskin hiburan yang banyak "pitis" (miskin hiburan dipinjamkan dari penyokong lawan yang sering jadikan bab isu hiburan antara sebab kenapa penyokong Kelantan ramai ke stadium sebagai hujahan).





Maka berbondong-bondonglah wartawan menulis hal penyokong Kelantan "itu" dan "ini", gambar dipotong dan dipamer pada bahagian yang menonjol penyokong Kelantan sahaja yang ganas, "pegawai" daripada Kelantan sahaja yang bersifat kenegerian dan seburuk seupamanya. Isu yang indah sering disurami dengan isu yang buruk. Adakah penyokong pasukan lain tiada "itu" dan "ini"? kenapa apabila berlaku "itu" dan "ini" daripada pasukan atau penyokong lain cuba dilenyapkan? ( kenapa media x siarkan ini..?? dan penyokong kelantan ganas..?? ) Hina dan jijik sangatkah penyokong Kelantan ini? Tiada jasakah daripada penyokong Kelantan? Bukankah mereka yang membuatkan info berita bolasepak Malaysia sejak akhir-akhir ini cuba diselak didada-dada akhbar oleh rakyat Malaysia. Tanpa mereka bolasepak Malaysia akan terus sunyi sepi, lampu stadium dan lensa kamera menyuluh terang ruang kosong yang hanya dipenuhi ratusan orang sahaja daripada kapasiti muatan lebih 20 ribu orang.




Namun ramai yang masih tidak sedar atau buat-buat tidak sedar, penyokong Kelantan sekiranya ditindas, didiskriminasi, dikeji, diherdik dan sebagainya, mereka makin kuat dan bersemangat sama ada dari segi melawan mahupun membuktikan kemampuan mereka. Mereka tidak gentar siapa lawan pasukan mereka, mereka akan menerjah seluruh pelusuk stadium yang dikunjungi pahlawan gagah mereka. Mereka tidak gerun dibaling batu, diserang dan dikeji, apa yang penting kepuasan hati mereka untuk menyaksikan kelibat pemain mereka beraksi gagah di padang selesai dengan sempurna.





Jika kita tidak ingin orang terus memperkatakan pasal kita, inilah masanya kita berubah daripada menjadi penyokong yang memberikan anugerah wang denda saban tahun kepada FAM, kepada penyokong yang paling kedekut menyerah wang mereka kepada FAM. Kita benci "itu" dan "ini", benci orang kutuk dan keji kita tetapi "peel" nya tetap sama saban tahun. Adakah kita perlu terus begini atau sebaliknya, semuanya terpulang pada hati kita. KAFA terpaksa menanggung denda "itu" dan "ini" walaupun perkara "itu dan "ini" sering diberitahu serta dinasihat supaya tidak diulangi. Jika kita tidak mulakannya, usahlah kita terus merungut atau merengek kepada FAM kenapa suka denda atau diskriminasi Kelantan kerana semuanya berpunca daripada kita yang suka membuka "lubuk wang" untuk dijadikan santapan FAM.


Apakah FAM kemaruk pada hasil lumayan daripada tiket kita, hanya mereka di dalam FAM sahaja yang tahu.
Kita sesekali tidak akan mengalah mahupun tewas dengan isu-isu yang dimainkan, kita berterima kasih kepada Presiden KAFA yang terus menaikkan maruah dan imej Kelantan, Terima kasih tidak terhingga kepada Datuk M. Karathu yang sudi kembali ke Kelantan sekali lagi walaupun pernah dibaling hampas budu satu ketika dulu. Sabar stadium Shah Alam dan seluruh rakyat Malaysia.....kita akan sekali lagi mengegarkan bumi Malaysia dengan bah merah kami......GOMO TETAP GOMO......






"ore yg sama jd rujukn 3 abdul bleh lari...ore sama umum jthkan hukuman pd sathia...pas tu jugok ore yg samo kato kito xleh main 29hb ni sb xdok jurulatih....apo mslh ore ni memperlekeh sbuah pasuke yg tedesak & tersiksa ni diakhbar.....tp gk ore ni silap ore...ore ni xkenal ore kelate...makin dicabar & ditindas makin kuat...salute TSAM & semua ore kelate..... dr seorg pegawai FAM yg menyebelahi kelate  ... namo dirahsiakan..TQ bro"




 psstt : sama2lah kita memajukan bola sepak kelantan dan buanglah tabiat tidak elok kita dahulu..kita buktikan di stadium shah alam ari sbtu ni..

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

7 comments :

  1. sebok ambo baco entri ni pa..jatuh bgn kelate kito ttp ado bersama2 team kito pa!!jgn ngaloh!!

    GKG!!

    ReplyDelete
  2. yeahhhhhhhhhhhhh..shah ale g x mer..???

    ReplyDelete
  3. wau semua merah..kagum ngn semangat dorg..

    ReplyDelete
  4. sep kito jange pecoh!

    ReplyDelete
  5. gomoooooooooooo x caro kokreeeeeeeeeee

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews