Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Saturday, January 22, 2011

Polis lumpuhkan 'Geng mudah.com'



KUALA LUMPUR 21 Jan. - Berselindung di sebalik kerjaya sebagai juruteknik komputer, dua lelaki yang dikenali sebagai 'Geng mudah.com' sebenarnya merupakan dalang sindiket jualan dalam talian komponen motosikal curi di sebuah laman web popular.
tekan READ MORE untuk baca seterusnya
Hasil kerja sambilan tersebut, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 24 dan 23 tahun itu memperoleh pendapatan RM3,000 sebulan setiap seorang, melebihi daripada jumlah gaji tetap mereka di sebuah syarikat di Brickfields.
Modus operandi mereka juga begitu terancang apabila hanya membeli motosikal curi sebelum dileraikan menjadi komponen tertentu, yang akan dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran di sebuah laman web.
Mereka turut memadamkan nombor siri yang terdapat pada enjin dan casis motosikal bagi mengelak dikesan pemilik asal.
Bagaimanapun, kerja sambilan mereka itu akhirnya dihidu pihak berkuasa yang memberkas mereka di sebuah rumah sewa di Taman Sungai Besi Indah, Isnin lalu bersama pelbagai komponen motosikal yang menanti untuk dihantar kepada pelanggan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, hasil intipan polis selama tiga minggu, kedua-dua suspek terbabit berjaya diberkas bersama komponen motosikal bernilai RM15,000.
"Suspek menjadikan rumah sewa mereka sebagai bengkel untuk meleraikan motosikal-motosikal curi. Malah ketika serbuan, masih ada empat motosikal curi yang belum dileraikan.
"Kita percaya, ini adalah kerja sambilan mereka kerana mereka bekerja sebagai juruteknik komputer di sebuah syarikat di Brickfields dan telah menggunakan kepakaran itu untuk melakukan urus niaga terbabit," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Serdang dekat sini hari ini.
Abd. Razak turut memberitahu, hasil siasatan, kedua-dua suspek dipercayai menjalankan kegiatan mereka sejak dua tahun lalu dan mendapat bekalan motosikal curi sekitar Lembah Klang.
"Kita mengesan jenayah ini melalui anggota yang melakukan rondaan berikutan kes kecurian motosikal menyumbang 60 peratus jenayah indeks di sekitar daerah Serdang sahaja.
"Polis berharap supaya orang ramai turut memberi maklumat jika ada jenayah sebegini dan tidak membeli komponen motosikal curi kerana ia adalah satu kesalahan," ujarnya.
Kata beliau, kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan iaitu menolong menyembunyikan harta curi dan direman sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan.

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

4 comments :

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews