Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Thursday, February 3, 2011

2 beranak rentung dalam berdakapan(2 foto)



KOTA KINABALU: Kelakuan aneh dua beranak yang tidur bersama membawa petanda buruk apabila kedua-duanya rentung dalam berpelukan apabila rumah mereka hangus dijilat api di Kampung Bulut Kokol Menggatal, di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, kedua-duanya mangsa, Salibun Gadamin, 47, dan anaknya, Rodbinson, 2, ditemui dalam keadaan menyayat hati dalam sebuah bilik sebaik bomba berjaya memadamkan kebakaran kira-kira 40 minit selepas itu.
tekan READMORE utk baca dan lihat gmbar seterusnya



Isteri mangsa, Angelina Jolius, 40, berkata, dia tidak menyangka sikap pelik suami dan anak bongsunya yang tidur bersama di bilik bersebelahan membawa makna mereka akan meninggalkannya buat selama-lamanya.
Angelina ketika ditemui Harian Metro dan masih bersedih dengan kejadian itu memberitahu, Rodbinson tidak pernah tidur berasingan dengannya tetapi bersikap sebaliknya malam itu.

“Dia beria-ia mahu tidur bersama ayahnya dan sejak beberapa hari sebelum itu, dia (Rodbinson) kelihatan sangat manja dengan ayahnya.

“Malah, ketika kami sekeluarga menikmati makan malam, Rodbinson turut meminta Salibun menyuapkannya,” katanya. Katanya, sebelum kejadian, dia tidur bersama seorang lagi anaknya, Nana Sabrina, 7, dalam sebuah bilik manakala kedua-dua mangsa tidur di bilik bersebelahan mereka.

“Saya menyedari kejadian itu selepas dikejutkan anak perempuan saya yang mendakwa melihat api dalam bilik di huni ayah dan adiknya,” katanya.

Katanya, dia yang terkejut terus menuju ke bilik berkenaan dan melihat Salibun dan Rodbinson sedang tidur, namun gagal mendapatkan mereka kerana api semakin marak.
“Saya menjerit namun tiada reaksi dan cuba meredah api untuk menyelamatkan mereka, namun gagal.

“Saya kemudian mengambil keputusan keluar dari rumah berkenaan bersama anak perempuan saya sebelum meminta pertolongan dari adik ipar yang menetap berhampiran,” katanya.

Kejadian itu juga menyebabkan Angelina turut mengalami lecur hampir 40 peratus ketika cuba menyelamatkan suami dan anaknya itu.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Mozium Gadamin,42, berkata, dia menyedari kejadian terbabit selepas dimaklumkan kakaknya.

“Sebaik tiba, saya melihat rumah kakak sudah terbakar dan tidak mampu berbuat-apa-apa lagi.

“Kebakaran hanya berjaya dipadamkan sepenuhnya sebaik bomba tiba beberapa minit selepas itu,” katanya.

Penolong Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, Mohamad Nor Amit, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.02 malam dan tiga jentera bersama 20 anggota dikerahkan ke tempat kejadian dan tiba 20 minit kemudian.

“Kami mengambil masa 40 minit sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat manakala Angelina turut menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

1 comment :

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews