Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Sunday, February 27, 2011

Gaddafi sedia guna senjata biologi




TRIPOLI 25 Feb. - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata biologi dan kimia apabila semakin banyak kawasan di negara ini jatuh ke tangan penunjuk perasaan antikerajaan.
Bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel Galil memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera, Gaddafi memiliki senjata tersebut dan tidak akan keberatan untuk menggunakannya ke atas penduduk awam.
tekan READMORE utk lihat gambar seterusnya dan baca







 
"Jika dia benar-benar berasa tertekan, dia sanggup melakukan apa sahaja.
"Saya percaya Gaddafi akan membakar apa sahaja yang ditinggalkannya," kata Galil, malam tadi.
Rejim Gaddafi diketahui masih memiliki cukup banyak gas mustard.
Gaddafi bersetuju pada 2003 untuk membubarkan program senjata nuklear dan kimia Libya dan telah memusnahkan kira-kira 50 peratus daripada senjata kimianya, tetapi dipercayai masih menyimpan sebanyak 9.5 tan gas mustard.
Sementara itu, pertubuhan antarabangsa dan diplomat menganggarkan bilangan penunjuk perasaan yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Gaddafi ialah antara 600 hingga 2000 orang.
Askar Gaddafi menembak mati sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan di bandar Zawiya malam tadi, lapor Al-Jazeera
.


Sementara itu, sekurang-kurangnya lima orang maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di daerah Janzour di barat Libya, hari ini.
"Tentera yang setia dengan Gaddafi melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-Gaddafi di Janzour menyebabkan antara lima hingga tujuh penunjuk perasaan dipercayai terbunuh," kata seorang penduduk. - dpa/Reuters

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

2 comments :

  1. uihhhh... errmmmm mcm mana ni ye... rasanya USA sakit hati dengan Gadaffi..sebab dia tak prnah tunduk...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews