Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Sunday, February 27, 2011

Penuntut Malaysia terkandas di Libya



KUALA LUMPUR: Lima pelajar Malaysia, termasuk seorang wanita dilaporkan terkandas di Tripoli, Libya dan gagal dibawa keluar dari zon bergolak itu dalam operasi memindahkan 131 rakyat negara ini semalam selepas gagal mendapatkan semula pasport mereka yang dikatakan disimpan pihak universiti masing-masing.
tekan READMORE utk baca dan lihat gambar seterusnya


Difahamkan, kumpu­­lan pelajar terbabit mu­­­­lanya enggan turut ser­­ta da­­lam misi itu atas alasan ma­­hu membuat persiapan meng­­­­hadapi peperiksaan, na­­mun mengubah fikiran pada saat-saat akhir se­­lepas berjaya dipujuk keluar­­ga masing-masing.
Setiausaha Majlis Ke­­­­selamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Taju­­deen Abdul Wahab ketika dihubungi, berkata pi­­haknya sedang mengenalpasti mekanisme ter­­baik bagi membawa keluar pelajar terbabit berikutan tahap keselamatan yang semakin meruncing di sana, lebih-lebih lagi selepas perintah berkurung dikuatkuasakan

"Kita sudah menasihati mereka supaya pulang bersama rakyat kita yang lain semalam, na­­mun pelajar terbabit mem­­bu­­at keputusan untuk te­­rus tinggal di sana. Ba­­gaimanapun, mereka berubah fikiran selepas berjaya dipujuk keluarga masing-masing supaya meninggalkan negara itu berikutan keadaan semakin buruk.


"Namun, timbul masalah apabila mereka mahu mendapatkan semula pasport yang disimpan pihak universiti selepas berlaku kekacauan. Kita sedang memikirkan cara terbaik untuk mengeluarkan mereka secepat mungkin, termasuk menyalurkan bantuan berkaitan. Lagipun, tiada jaminan keselamatan di sana berikutan krisis semakin meruncing," katanya kepada Berita Harian.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pula mengesahkan 131 rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli kira-kira jam 12 tengah hari (waktu tempatan) semalam sebelum dipindahkan ke Tunis, Tunisia menggunakan sebuah pesawat sewa khas.

"Semua rakyat kita dilaporkan selamat di Tunisia dan sedang menunggu giliran dipindahkan ke Lapangan Terbang Pratica DiMare di Rome, Itali menggunakan pesawat pengangkut, C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin," katanya.
Selain Malaysia, turut dipindahkan dalam operasi itu ialah 55 warga asing dari Thailand, Filipina, Indonesia, United Kingdom dan Tunisia, sebahagian besar pegawai dan kakitangan konglomerat tempatan, Ranhill Berhad yang terbabit dalam projek pembangunan hartanah di Libya.

"Operasi pemindahan ini dilakukan dengan jayanya melalui kerjasama Kementerian Luar, MKN dan Angkatan Tentera Malaysia, selain Ranhill sendiri. Kerajaan sedang memantau perkembangan keselamatan di Libya, malah akan terus memberikan bantuan sewajarnya kepada beberapa lagi rakyat kita yang memilih untuk terus berada di sana," katanya.

Sementara itu, Panglima Operasi TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Ackbal Abdul Samad, berkata operasi berkenaan sepatutnya dilakukan tengah malam kelmarin seperti dirancangkan, namun terpaksa diubah selepas pesawat tentera yang digunakan tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli.

"Kita memang ada kebenaran diplomatik untuk mendarat di Tripoli, namun Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) mereka tidak membenarkan kita mendarat kerana lapangan terbang terlalu sibuk. Ini memaksa pesawat terbabit berpatah semula ke Lapangan Terbang Pratica DiMare, Rome yang dijadikan pangkalan sementara operasi kita.

"Berikutan itu, MKN mengubah strategi dengan menggunakan opsyen lain, termasuk menggunakan pesawat itu. Misi TUDM kini untuk memindahkan rakyat kita yang berjaya dikeluarkan di Tunis ke Rome, sebelum dibawa pulang ke tanah air berpandukan kepada perancangan diatur MKN," katanya.

Daripada jumlah keseluruhan itu, katanya, 30 penumpang akan dibawa pulang menggunakan pesawat pengangkut tentera berkenaan, manakala selebihnya menggunakan pesawat komersial yang disewa kerajaan dalam waktu terdekat.


Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews