Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Sunday, February 6, 2011

semua perbelanjaan pelajar pulang ke tanah air ditanggung kerajaan



KUALA LUMPUR 5 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan perbelanjaan pulang pelajar-pelajar Malaysia dari Jeddah ke tanah air akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
tekan readmore utk baca dan lihat gmmbar seterusnya
 
Beliau berkata, langkah tersebut adalah sebagai usaha kerajaan untuk tidak membebankan ibu bapa bagi menguruskan kepulangan anak-anak mereka ke Malaysia ekoran berlakunya pergolakan di Mesir ketika ini.
Untuk tujuan itu beliau berkata, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Tabung Haji supaya bersama-sama dengan kerajaan menampung kos tersebut.
''Saya akan berusaha memastikan ibu bapa tidak menanggung kos perbelanjaan anak-anak mereka pulang ke Malaysia melainkan mereka yang telah menempah tiket secara sendirian.
''(Untuk tujuan ini) Saya akan rujuk kepada badan-badan seperti Mas, AirAsia dan Tabung Haji untuk buat sumbangan manakala bakinya akan ditanggung oleh kerajaan,'' katanya selepas melancarkan program ziarah masjid di Masjid Jamek Kampung Baru.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status terkini operasi memindahkan pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir ke Jeddah dengan menggunakan khidmat pesawat Mas, AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kapal milik MISC.
Najib dalam pada itu turut mengumumkan kesudian anakanda kepada Raja Abdullah iaitu Putera Turki Abdullah Al-Saud membiayai dua penerbangan pelajar-pelajar Malaysia dari Jeddah ke tanah air menggunakan pesawat Jumbo 747.
''Ini merupakan satu penghargaan kepada Malaysia berdasarkan perhubungan yang mesra dan akrab antara kedua-dua kerajaan.
''Raja Abdullah sendiri telah memberi kerjasama yang amat baik kepada kita terutama dalam usaha kerajaan menempatkan sementara pelajar-pelajar di Jeddah sebelum pulang ke tanah air,'' katanya lagi.
Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak ada wang untuk membawa pulang para pelajar, beliau menegaskan itu merupakan satu pembohongan dan fitnah besar.
''Apa yang saya umumkan hari ini jelas menafikan apa yang telah didakwa oleh mereka itu sebagai pembohongan besar dan kerajaan akan berusaha supaya ibu bapa tidak perlu menanggung anak-anak mereka pulang ke tanah air.


''Sepatutnya pemimpin pembangkang memberi kerjasama. Ini bukan soal politik tetapi ini soal kepentingan pelajar-pelajar kita. Perasaan dan emosi ibu bapa mereka begitu tertekan. Mengapa usaha ini hendak dipolitikkan atau disebarkan cerita-cerita yang tidak betul,'' katanya.
Mengenai kos keseluruhan beliau berkata, kerajaan akan membincangkan perkara itu dengan pihak-pihak terlibat sebelum diberitahu kepada umum.
''Lagipun ada tawaran daripada Putera Turki. itu akan mengurangkan perbelanjaan kita,'' katanya.
Menjawab satu soalan, Najib berkata, rombongan pertama pelajar-pelajar dari Jeddah ke Malaysia dijangka tiba Isnin ini.
Sementara itu, beliau berkata, sasaran utama operasi menyelamatkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir adalah untuk mengeluarkan mereka daripada negara bergolak itu secepat mungkin.
''Paling mustahak mereka perlu keluar dari Mesir ke Jeddah terlebih dahulu. Selepas berkumpul di Jeddah baru kita akan bawa pulang ke Kuala Lumpur.
''Jika kita terus membawa mereka ke Kuala Lumpur pesawat terpaksa membuat penerbangan yang jauh dan ramai akan terpaksa ditinggalkan di Mesir dan tentu sekali mereka tidak puas hati, mengapa ada yang boleh balik dan ada yang tidak,'' katanya.
Untuk lebih adil katanya, kerajaan membuat keputusan untuk membawa mereka keluar ke Jeddah supaya tiada sesiapa yang tertinggal di Mesir.
''Dengan adanya khidmat shuttle kita boleh membawa seberapa ramai pelajar kita dalam masa yang singkat,'' katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dengan operasi mengeluarkan pelajar-pelajar terbabit.
''Perpindahan pelajar-pelajar berjalan lancar dan setakat ini seramai 6,800 pelajar telah berada di Jeddah dan pada hari ini dijangka 14 penerbangan akan dilakukan dengan membawa 3,500 pelajar.
''Kita akan teruskan operasi ini sehingga semua rakyat Malaysia tidak kira pelajar, permastautin, pekerja atau pelawat keluar dari negara Mesir.'' katanya.

Beliau turut menarik perhatian bahawa operasi menyelamat kali ini melibatkan pertahanan menyeluruh dengan membabitkan penggunaan aset-aset milik kerajaan, awam serta swasta.
''Apabila berlaku ancaman ke atas rakyat Malaysia yang melibatkan penugasan yang agak besar seperti kali ini kita perlu menggunakan aset milik sesiapa pun tidak kira kerajaan atau swasta asalkan aset-aset itu boleh digunakan untuk melaksanakan operasi.
''Dalam operasi kali ini kita menggunakan aset Mas, AirAsia, TUDM dan MISC dan operasi diselaraskan oleh Wisma Putra termasuk Tabung Haji juga. Ini merupakan gerak kerja terbesar yang pernah kita laksanakan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia,'' katanya lagi.UTUSAN MALAYSIA

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

4 comments :

  1. Alhamdulillah proses mengeluarkan rakyat Malaysia sudah hampir 80% berjaya.. syukur..



    Fakta yang menggemparkan Kekayaan Hosni Mubarak Mengalahkan Bill Gates

    ReplyDelete
  2. benda yang elok pun nak di propagandakan. kerajaan buat buat benda baik taknak pulak dipuji?

    ReplyDelete
  3. laa..ade aku hina ker bro...???baca smpai abis dulu la....

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews