Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Monday, February 28, 2011

terperangkap dalam bilik,ibu dan anak mati terbakar(3foto)



KEPONG: Malang tidak berbau apabila seorang ibu dan anak perempuannya ditemui mati dalam bilik berikutan gagal keluar dari rumah yang terbakar di Taman Sri Sinar, di sini, pagi semalam, biarpun suaminya pengerusi sukarelawan bomba di Jinjang, di sini.
tekan READMORE utk baca dan lihat gmbar seterusnya

 
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi semalam, Ong Ean Lee, 33, ditemui terlentang di atas katil, manakala anak perempuannya, Artina Loke Xin Yu, 2, terbaring atas lantai bersebelahan katil dalam bilik sama.

Mangsa dikatakan sempat menjerit meminta bantuan jiran, namun gagal diselamatkan kerana api marak dengan cepat, selain pihak bomba sukar memasuki kawasan perumahan itu kerana palang keselamatan di pondok pengawal berkunci dan pengawal tiada di situ.
Ibu malang itu tinggal bersama anak tunggalnya ketika kejadian manakala suami, Calven Loke Wai, 36, mempunyai urusan di Melaka.


Calven yang juga Setiausaha Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Kuala Lumpur berkata, kali terakhir dia bertemu isteri dan anak ketika keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Dia juga sempat menghubungi isteri sebelum bertolak kira-kira jam 6 petang bagi menghadiri mesyuarat di Melaka.

“Semalam (kelmarin), saya berada di Melaka atas urusan kerja dan sempat telefon isteri sebelum bertolak. Dalam telefon isteri ada memberitahu dia dan anak akan makan malam di rumah emak mentua saya.

“Itulah kali terakhir saya bercakap dengan mereka. Saya tidur kira-kira jam 1 pagi dan dikejutkan pada jam 6.30 pagi dengan panggilan telefon daripada seorang anggota bomba sukarela memberitahu mengenai kebakaran di kawasan kediaman saya.
“Tidak berapa lama selepas itu, jiran pula telefon beritahu rumah saya terbakar dan maklumat itu disahkan bomba. Setibanya di rumah kira-kira jam 8 pagi, saya lihat rumah musnah terbakar dan isteri serta anak terkorban dalam kebakaran,” katanya.


Difahamkan juga, mangsa mendirikan rumah tangga lima tahun lalu dan menetap di situ bersama suami sejak berkahwin.

Jiran mangsa, A Arenthan, 34, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, dia tidur ketika kejadian berlaku sebelum mendengar satu letupan kuat, namun tidak mengendahkannya.

“Bagaimanapun, tidak lama kemudian, saya terhidu bau asap dan terdengar jeritan sebelum bergegas keluar dari rumah untuk memeriksa.

“Saya dapati rumah jiran terbakar lalu menghubungi bomba untuk bantuan serta cuba memadam api namun api marak terlalu cepat, menyebabkan saya dan beberapa penduduk lain gagal menyelamatkan dua beranak itu,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.05 minit pagi sebelum tiga jentera dari Jinjang dan Kepong bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba ke kawasan itu, pihaknya mengalami kesukaran memasuki kawasan perumahan itu kerana palang keselamatan di pondok pengawal berkunci dan pengawal tiada di situ.

“Kita ambil masa kira-kira dua minit untuk memotong kunci palang itu dan sebaik sampai ke rumah yang terbakar, kerja memadam api dijalankan.

“Mayat kedua-dua mangsa ditemui di dalam bilik dan dipercayai mati akibat sesak nafas selepas terhidu asap tebal.

“Operasi memadam kebakaran mengambil masa 30 minit dan hampir 80 peratus kediaman dua tingkat itu musnah dijilat api. Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Dua beranak malang itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat sebelum dituntut suaminya.metro

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews