Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Saturday, March 5, 2011

bas ekspress kemalangan lagi, 10 penumpang cedera



MIRI: Sepuluh penumpang cedera termasuk seorang parah selepas bas ekspres dinaiki hilang kawalan sebelum menjunam dan terbalik ke dalam longkang di Kilometer 41, Jalan Miri-Bintulu, berhampiran pekan Bekenu, semalam.
Sebelum kejadian, bas dinaiki 20 penumpang itu dikatakan dalam perjalanan dari Miri ke Bintulu, dikatakan hilang kawalan berikutan permukaan jalan raya yang licin, kira-kira jam 1.30 petang.

Ketua Balai Polis Bekenu, Sarjan Mohamad Haliera, ketika dihubungi Harian Metro, mengesahkan kejadian terbabit, tetapi tidak dapat memastikan jumlah sebenar penumpang bas terbabit. Beliau berkata, kemalanan itu tidak membabitkan sebarang kematian, tetapi semua penumpang masih menerima rawatan di Hospital Miri.
"Siasatan awal mendapati, jalan licin berikutan hujan lebat ketika itu menyebabkan bas berkenaan hilang kawalan,” katanya yang masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Sementara itu, seorang saksi, Chong Ming Tze, berkata dia melihat penumpang bas terbabit diberikan bantuan oleh pengguna jalan raya lain ketika melalui kawasan berkenaan.

Menurutnya, lebih 10 penumpang cedera, seorang daripada mereka agak parah dan berlumuran darah sebaik dikeluarkan dari bas yang terbalik itu.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital menggunakan kereta orang awam dan ambulans serta kenderaan polis,” katanya.

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

2 comments :

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews