Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Sunday, April 3, 2011

Anjing terapung 3 minggu selepas tsunami(4 foto)



 TOKYO 2 April - Seekor anjing ditemui selamat dan sihat hari ini selepas tiga minggu berada di dalam rumah yang terapung di tengah lautan akibat tsunami yang melanda Jepun.  Ahli Pengawal Pantai Jepun menemui anjing kecil itu ketika menjalankan pencarian dari udara di kawasan tersebut.
 tekan READMORE utk lihat gambar seterusnya


Anjing itu berjaya meneruskan hidup di dalam rumah yang separuh daripadanya telah musnah dihanyutkan oleh air laut.  Televisyen tempatan menyiarkan video anjing itu berlari melompat-lompat di atas bumbung rumah itu sebelum ia menghilangkan diri ke dalam rumah melalui lubang di bumbung itu.  Anggota penyelamat berharap menemui ramai lagi mangsa tsunami yang terselamat di dalam rumah itu tetapi mereka gagal menemui sesiapa selepas membuka bumbung itu melainkan anjing tersebut.  Walaupun berada tiga minggu di lautan, anjing berwarna coklat yang bersaiz sederhana itu dilihat berada di dalam keadaan yang baik dan sihat.  Penemuan tersebut merupakan harapan sedikit yang jarang berlaku di Jepun di mana beribu-ribu orang dipercayai terkorban akibat bencana itu.  Jepun kini dicengkam dengan ancaman nuklear akibat ketidakstabilan loji nuklear di Fukushima dan pekerja loji terus berusaha untuk memulihkan sistem penyejukan yang rosak akibat gempa bumi. - AGENSI



Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

4 comments :

  1. anjing pon layak untuk hidup .dia pon makhluk allah jugak .

    ReplyDelete
  2. kecian...panjang umur anjing tu..sokong dgn xazryx..

    ReplyDelete
  3. kesian anjing tu. panjang umor die kan.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews