Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Tuesday, April 5, 2011

otak bertaburan di atas jalan raya



KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tidak sempat menikmati nasi goreng dibeli ibunya selepas terbunuh dalam keadaan ngeri dengan otaknya bersepai di atas jalan raya akibat diseret kira-kira lima meter oleh motosikal ditunggang ibunya sendiri yang bergesel dengan sebuah lori di Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, Mohd Daniel Hakim Zamri, 5, dalam perjalanan pulang dari sebuah pasar raya besar di Kubang Kerian bersama ibu dan adik bongsunya ke rumah mereka di Kampung Pulau Masjid, dekat sini, selepas membeli nasi goreng yang dimintanya serta barang keperluan untuk perniagaan kedai makan.
gambar hiasan

Difahamkan, setiba di tempat kejadian, ibunya cuba mengelak lubang, sebelum bergesel dengan sebuah lori. Lebih menyedihkan, selepas tercampak, mangsa turut dilanggar motosikal ibunya dan terseret kira-kira lima meter, menyebabkan kepalanya terhentak ke jalan raya sebelum pecah sehingga otaknya bertaburan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya, Rinawati Idris, 26, peniaga mi di Kampung Pulau Masjid, bersama anak bongsunya, Mohd Zarif Hakimi, 3, dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Jenazah Mohd Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berangan, Kampung Masjid Pulau selepas solat Zuhur, semalam.

Nenek mangsa, Rohani Senik, 48, berkata, arwah merengek kepada ibunya mahukan nasi dan untuk tidak menghampakan permintaan anak sulungnya itu, Lili (nama gelaran Rinawati) membawa Mohd Daniel dan adiknya ke bandar dengan menunggang motosikal ke sebuah pasar raya besar, dekat sini.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, motosikal dinaiki mereka bergesel dengan lori yang menuju arah sama (Bachok),” katanya yang ditemui di bilik mayat HUSM, semalam.

Rohani berkata, dia sebak mengenangkan cucunya itu tidak sempat menjamah nasi goreng dibeli ibunya

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

13 comments :

  1. Masya Allah ! ...kesian budak tu...tragis kematiannya...

    ReplyDelete
  2. bilo ni... ambik mano brito ni?

    ReplyDelete
  3. mitok jauh la blako nh

    ReplyDelete
  4. gambar hanya hiasan..mangsa budak umur 5 tahun..amik dr kosmo rase td ..lupa la..huhhu

    ReplyDelete
  5. kesian yg amat.kejadian sebenar bkn mcm dlm berita tu...driver lorry tu yg langgar belakang motor tu sebab tengok wanita cantik.itu berikutan kata adik sy yg menguruskan keluarga iparnya itu.itulah yg dikatakan pemandu lori tersebut yg turut dibelasah penduduk sekitar.manakala keluarga hanya mendapat berita selepas ibu mangsa sedarkan diri dr pengsan yg ketika itu berada di HUSM Kubang Kerian.

    ReplyDelete
  6. gambar yg mengatakan ibu dan dua anaknya pun salah.dlm gambar tu adalah ibu saudara bersama ank buahnya yg juga mangsa.gambar itu mengatakan ibu bersama dua anknya...ntah apa2 wartawan ni...citer x betul..gambar pun x betul...

    ReplyDelete
  7. tq info....mmg wartawan ni main tulis jer...ntah ade ke tidak time kejadian..huhuhu

    ReplyDelete
  8. kesian kot~ x sempat nak bermanja-manja ngn mak die *cewah~ haha. so, berhati-hati la d jln raya . :]

    ReplyDelete
  9. suka yang EXTREM kunjungi http://extrem70.blogspot.com/ (10 entry baru tiap hari & lain dari yang lain)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews