Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Tuesday, May 3, 2011

pandangan Tok Guru ttg kematian Osama Ben Laden



berita kematian Osama Ben Laden sedang sibuk dihebohkan oleh semua..negara amareka seperti merayakan kematian pengganas(kononnyer) paling dikhendaki oleh dunia..ttp ramai yg masih ragu2 ttg kematian dan kewujudan osama ni..aku pon sama...itu x penting..yg penting aku nk kongsi pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ttg kematian osama ben laden ini..jum kita semua baca
tekan READMORE utk baca dan lihat gambar seterusnya


oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pada 03hb Mei 2011 pukul 3.35 ptg
  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerik Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasa, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hany bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.


cuba korang bandingkan gambar kat bawah ni...ape pendapat korang..????????????


psstt : hanya Allah sahaja yg maha mengetahuinya....

suka entry ini..???
LIKE jer kat bawah 

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

19 comments :

  1. still cnfuse.. tp klau btul osama dh mninggal, smoga dy dtempatkan di klangan orang2 yg beriman.. :)

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  2. ni bru btoi..bkn cam obe...nice!

    ReplyDelete
  3. adakah Osama wujud?kalau ditanya kepada sy..sy akan katakan : TIDAK!SAMA SEKALI TIDAK WUJUD!!!

    ReplyDelete
  4. WALLAHUALLAMMMMMMMM.............

    ReplyDelete
  5. Wyna Nybies..Asal lak Obama x wujud..kenapakah?

    ReplyDelete
  6. kalu sek mu prasan,,,gambar yang paling bawah tu hanyalah nampak macam edit je...kalu tengok gambar ni je, mmg sah aku xcaye la sume bnda ni...

    ReplyDelete
  7. fake picture,fuck us

    ReplyDelete
  8. PADA PANDANGAN AMBOLAH YAA... OSAMA NII... LAMOO DAH WAFAT,CUMA CERITA TERBARU TENTANG KEMATIANNYA INI, HENYALAH SEMATA MATA UNTUK MEMUASKAN HATI MANA MANA PIHAK YANG TELAH DIPERALATKAN DISAMPING MEMPERBAGAIKAN RESEPI KEHIDUPAN UNTUK GENARASI DUNIA AGAR MEREKA BERUPAYA MEMBUKA MINDA MEREKA UNTUK MENGHARUNG HARI YANG MENDATANG.

    ReplyDelete
  9. kawe xcayo lasung nah bhawa osama ninggal....

    ReplyDelete
  10. malaslaaaaaa............, ini semua persoalan mudah, just 1% GOD IS REALLY UNIQUE,99% is STRATEGY, ILLUMANATI....steady and study MALAYSIA.

    ReplyDelete
  11. NAK BERBINCANG PUZZLE-PUZZLE INI ,AKU NAK BERHADAPAN DGN BUKAN CALANG-CALANG GURU,AKU NAK TOK GURU YG ADA MEMEGANG KAZANNA ITU,YG PUNYA MOHOR, CUMA YG ARIF YG TAHU, BUKAN YG CETEK AKAL,yg kerjanya bertengkar sepanjang masa........,aku mahu janji SYURGA bukan dgn kalimah-kalimah KOSONG aku mahu senTUHAN yang NYATA yg bisa ku rasa.AKU MAHU SEKARANG!! bukan tunggu ku mati.

    ReplyDelete
  12. IQ rendah, MENTAL lemah asik dok angguk saja baik jangan campur dalam topik ini,kerana apa......,ini golongan Pii Maii Pii Maii....Byeee.

    ReplyDelete
  13. TONGKAT ALI................,DARIMANAKAH ASAL USULNYA? sejak bila ia mula diperhatikan,apakah hikmahnya, bolehkah ia menyakinkan. komen para dermawan dunia, ini omong kosongkah artau.... bla bla bla ini cerita gilaaaa ha ha ha....bayar!

    ReplyDelete
  14. THIS IS NOT REALLY OSAMA BIN LADEN DEATH CASE, ITS A MIND PUZZLEEE........., TO OPEN OUR MIND, untuk meningkatkan cara berfikir kita khususnya intilek, jangan sampai kita menjadi guru yang songsang pabila mendidik muridnya.Menjadi PEWARIS biarlah kita mengambil yang POSITIF,jangan hanya mengambil yang LAPUK dan tidak mahu CUBA mengINDAHkannya, jika beginilah orang kita sampai bilapun kita masih ditakok lama.

    ReplyDelete
  15. Hanya Allah yang Maha Segala Tahu

    ReplyDelete
  16. Ini perbincangan antara manusia kpd manusia, bukan dgn Allah,....kan kita telah dibekalkan AKAL, gunakan sebaik baik akal mu (FIKIR)........,selesaikan masallah mu,jangan dah BLURRRR..terus mengharap TUHAN membalasnya.TANPA memikirkan langkah mana yang harus kita ambil.Semua memang sudah maklum TUHAN itu MAHA MENGETAHUI kita jug perlu TAHU..........,agar kita pasti apa yang kita SEMBAH salam untuk semua MALAYSIA KU TERCINTA.

    ReplyDelete
  17. THIS IS NOT REALLY OSAMA BIN LADEN DEATH CASE.......................................... ....................................... mana perginya? Nak jadi KATAK bawah TEMPURUNG! DISCUSS A WORLD MIND(main)PUZZLE Lagi mengajar.

    ReplyDelete
  18. cube u all perhatikan muke osama..sebelum n selepas..tgk bhagian hidung ke bwh..same kn??? mustahil la..muke dy selaloo wat cmtu..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews