Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Saturday, December 21, 2013

10 foto longgokan sampah di lebuhraya MRR2




Gara-gara pengurusan bermasalah selain gagal memperbaiki mesin pemampat yang rosak menyebabkan lebih 2,500 tan sampah terpaksa dilonggokkan di bahu jalan sepanjang lebih 500 meter di kawasan Stesen Pemindahan Taman Beringin dekat Jinjang, di sini.

Longgokan sampah yang dibuang sejak jam 6 pagi tadi itu turut menyebabkan kawasan sekitarnya berbau busuk dan mengundang kesesakan lebih lima kilometer kerana kebanyakan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.

Menurut pekerja-pekerja di syarikat pengendali stesen pemindahan itu, masalah tersebut disedari berlaku sejak awal pagi tadi setelah kebanyakan lori pemampat tidak dapat menunggu lama ekoran kerosakan mesin pemampat sehingga memaksa sampah dibuang di kawasan yang tidak sepatutnya.

Seorang pekerja berusia 31 tahun yang enggan dikenali berkata, lori-lori pemampat dari sekitar Kuala Lumpur yang memindahkan sampah di stesen tesebut tidak ada pilihan selain menurunkan sampah di kawasan pembuangan sampah kering.

"Ini kawasan sampah kering macam rumput dan ranting pokok, tapi bila mesin pemampat rosak mereka terpaksa longgokkan sampah di sini.

"Bila tak dapat dikawal, itu yang jadi sampai begini. Semua sampah basah dibuang sampai ke bahu jalan," katanya SOURCE













Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews