Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Friday, December 6, 2013

Mati tersandar pada pokok



GEORGETOWN - Seorang lelaki berusia 40an dipercayai warga asing ditemui maut dalam keadaan duduk tersandar pada sebatang pokok di tepi Jalan Tun Dr Awang berhadapan Pusat Arena Sukan Antarabangsa (PISA) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.43 pagi itu, mayat lelaki yang memakai kemeja lengan panjang dan berseluar slack dijumpai pengguna jalan raya dalam keadaan mulut ternganga serta terdapat kesan gigitan serangga di seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin berkata,  pihaknya menerima laporan daripada orang awam dan pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada mayat mangsa termasuk tiada dokumen pengenalan diri.

“Berdasarkan warna kulitnya kita percaya mangsa merupakan warga India ataupun Bangladesh yang berusia dalam lingkungan 40an dan percaya lelaki itu telah mati dalam tempoh kurang 12 jam lalu.

“Pemeriksaan luar badan mangsa juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada badan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mayat lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. SOURCE



Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews