Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Sunday, December 15, 2013

Semua hangus dalam van terbakar kecuali Surah Yassin





Seorang warga emas dan anak perempuannya nyaris maut apabila van mereka tiba-tiba terbakar di atas Jambatan Sultan Mahmud, petang semalam (Sabtu).
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika Yahya Awang, 62, dari Pulau Duyong sedang dalam perjalanan ke rumah abangnya di Losong.
Beliau tidak menyedari perkara itu sehingga diberitahu pengguna jalan raya yang lain yang terlihat api di bawah vannya.
“Terkejut dimaklumkan perkara itu, saya lantas memberhentikan van  saya di tepi jalan dan turun sebelum melihat api yang marak di bahagian letak kaki van saya.
“Saya segera menyuruh anak perempuan saya keluar dari van untuk menyelamatkan diri, bimbang akan berlaku letupan,” katanya di tempat kejadian.
Van itu dilapor hangus terbakar.
Yahya berkata beliau sempat menyelamatkan buah kurma yang dibawa balik dari Makkah sebulan lalu untuk diberikan kepada abangnya.
Menurutnya van itu yang dimilikinya sejak 30 tahun lepas turut digunakan untuk ke Kota Baharu, Kelantan dua hari lalu.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu, Ahmad Fathi Abd Rahman berkata pihaknya menghantar sebuah jentera beserta tujuh anggota untuk membantu memadam kebakaran, sebaik diberitahu mengenai kejadian itu.
Turut berlaku kesesakan di atas jambatan ekoran kebakaran tersebut, katanya. – Bernama


AG : semua hangus kecuali Surah Yassin...Allahuakbar..

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews