Segala post yang ada dalam blog ini seperti gambar dan video adalah bukan hak milik asal Amazing Gila walaupun tidak dinyatakan. Jika ada gambar/video/ artikal anda dan anda tidak mahu dikongsikan sila hubungi AG di FB ataupun di ruangan komen post tersebut.Harap maklum

Recent Post

Friday, December 20, 2013

Video Penggodam Tol Touch n' Go Guna Telefon Pintar Tersebar






Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.

Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.

Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.

Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n' Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.

Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di plaza tol tersebut.

Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n' Go.

Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.

Dalam respon segera, wakil Touch n' Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.

"Buat masa ini, Touch n' Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan," kata wakil tersebut.

kredit Gua TV



AG : macam best jer..hehehhehe x pyah bayar tol

Email Newsletter



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments :

Post a Comment

There was an error in this gadget

Google+ Followers

Feedjit

Sila KLIK gambar dibawah

Join us on Facebook, just click LIKE

Powered By AMazing giLA

ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Total Pageviews